Marsyal Madya Udara

.Marsyal Madya Udara (Air Vice Marshal atau AVM) ialah pegawai udara berpangkat dua bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[1] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Marsyal Madya Udara boleh dipanggil secara umum sebagai "marsyal udara".[2]Marsyal Madya Udara ialah pangkat dua bintang dan mempunyai kod pangkat OF-7 NATO. Ia setaraf dengan Laksamana Muda dalam Tentera Laut Diraja atau Mejar Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Di dalam angkatan bersenjata NATO yang lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat dua bintang yang setara ialah Mejar Jeneral.Pangkat Marsyal Madya Udara adalah lebih tinggi daripada Komodor Udara dan lebih rendah daripada Marsyal Udara. Sejurus sebelum Perang Dunia Kedua ia telah menjadi kebiasaan untuk Panglima Udara grup RAF memegang pangkat Marsyal Madya Udara. Di dalam tentera udara kecil seperti Tentera Udara Diraja New Zealand dan Tentera Udara Ghana, Panglima Tentera Udaranya menyandang pangkat Marsyal Madya Udara.Pangkat setaraf dalam Tentera Udara Bantuan Wanita, Tentera Udara Bantuan Wanita Australia,[3] Tentera Udara Diraja Wanita (sehingga tahun 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (sehingga tahun 1980) ialah "Ketua Komandan Udara".